Selamat Datang Ke Takaful Ikhlas MediKad
Hubungi Kami : 013-698 4488
Isnin - Ahad : 10.00am - 11.00pm

FLYERS Secure Link

Perbezaan TAKAFUL dan INSURANS

Konsep penggantian pendapatan (pampasan sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal) selalunya dikaitkan dengan INSURANS, namun terdapat perbezaan yang jelas di antara TAKAFUL dan INSURANS kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM kerana terdapatnya unsur GHARAR (ketidakpastian), MAISIR (perjudian) dan RIBA.

GHARAR (Ketidakpastian)

“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti”.
(Riwayat Muslim)

• Apabila tidak berlaku tuntutan, syarikat insurans akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara peserta tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan mu’awadah.
• Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia ; Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’kud ‘Alaih (barang) tidak jelas”

MAISIR (Perjudian)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Ma’idah : 90)

Apabila wujud gharar sudah pasti wujud unsur judi. Kedua-duanya berkait rapat.
Judi dalam insurans :
1. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku.
2. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima

RIBA

“Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya”
(Surah Al-Baqarah : 275)

Elemen Riba Dalam Insurans
1. Kontrak
2. Pelaburan
3. Faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman (policy loan)
4. Pinjaman Premium Automatik (APL)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-94 yang bersidang pada 20-22 April 2011 telah memutuskan:
1. Insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
2. Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok sahaja yang dikategori sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem FARAID. Manakala baki pampasan polisi insurans tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris serta WAJIB DILUPUSKAN dengan diserahkan kepada Baitul Mal atau didermakan kepada fakir miskin.
4. Jika terdapat ahli waris yang dikategorikan sebagai fakir miskin maka bolehlah mengambil wang pampasan tersebut sekadar keperluan sahaja dan baki hendaklah dilupuskan seperti item (3) di atas.

Sunday, 6 February 2011
Sedikit Info dari PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA

HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA

Muamalat/Ekonomi

Huraian Tajuk/Isu:

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan denganperkara di bawah iaitu :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan:

1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

Keputusannya :

Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

Keputusannya :

Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Keputusannya

Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Dipetik dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wang-polisi-insuran-nyawa

<><><><><><><><><>





No comments:

Post a Comment