Selamat Datang Ke Takaful Ikhlas MediKad
Hubungi Kami : 013-698 4488
Isnin - Ahad : 10.00am - 11.00pm

WASIAT


INFO PUSAKA: HIBAH BERSYARAT DALAM TAKAFUL?


Ramai yang pernah mendengar perkataan HIBAH, namun ada juga yang tidak pernah tahu tentangnya. Dalam ramai yang pernah mendengarnya pula tidak ramai yang benar-benar faham apa yang dikatakan HIBAH.

HIBAH dari segi bahasa bermaksud pemberian (al-Atiyyah). Dari sudut syarak pula ia bermaksud pemindahan hak milik harta secara percuma semasa hidup/hayat orang yang berhak terhadap harta.

Perlu difahamkan bahawa HIBAH MESTI berlaku SEMASA HIDUP.

Namun masih ramai yang tersilap tentangnya. Masih ramai yang menyangkakan HIBAH boleh berlaku selepas meninggal dunia.

Sebagai makluman, rukun HIBAH terdiri dari empat perkara:
1.    Wujudnya pemberi HIBAH
2.    Wujudnya penerima HIBAH
3.    Aqad beri dan terima – Ijab dan Qabul
4.    Wujud harta/benda yang diHIBAHkan – mesti milik mutlak si Pemberi HIBAH.

Ketiadaan salah satu daripada rukun di atas menjadikan HIBAH itu sendiri tidak sah.

Pemberian Hibah adalah dikira ‘Absolute Assignment’ iaitu TIDAK BOLEH ditarik balik kecuali daripada ibubapa kepada anaknya.

Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.”

No comments:

Post a Comment